PRESS RELEASE - Independent Social Impact Assessment (SIA) Launched By Communities Towards PJD Link Highway


20th May 2023 - A significant number of community members (totaling 2,501) residing along the proposed PJD Link highway alignment have participated in an independent Social Impact Assessment (SIA) for the project. The organizers have released the survey results today.



The SIA was conducted by a group of concerned residents, including professionals with

expertise in engineering, urban design, and information technology. The group has also

gained endorsements for the independent SIA from various resident associations, joint

management bodies, management corporations, and non-governmental organizations.


An overwhelming 93.6% of the respondents disagreed with the proposed highway,

irrespective of their age, length of residence, or distance of their premises from the highway alignment. Additionally, 93.6% of the respondents stated that they and their families would be impacted by the project, with no variation based on age, length of residence, or distance from the highway alignment.



These findings clearly demonstrate that the PJDL highway project poses significant

problems for the residents along its alignment. Therefore, it is crucial for the state and

federal governments to listen to the community's concerns and refrain from approving the

proposed highway.



The organizers of the independent SIA conducted their own assessment due to the lack of

transparency regarding the official SIA. According to Malaysian law, only the Environmental Impact Assessment (EIA) is required to be shared with the public, while the Traffic Impact Assessment (TIA) and SIA are not. The independent SIA has been officially submitted to PLAN Malaysia Selangor & Putrajaya Headquarters (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa), and the Department of Environment (Putrajaya Headquarters) has also received the report. 



Communities along the highway alignment have been witnessing a lack of transparency and clear communication from the state government regarding the project's status. The impacts on residents, businesses, and the environment have not been adequately addressed. To date, residents along the alignment have organized at least three physical protests and numerous other large gatherings. Many communities feel that their voices have not been taken seriously by the Selangor state government.



The independent SIA survey was conducted online and offered respondents the option to

participate in either Bahasa Melayu or English. Participants were provided with a link to the latest highway alignment map from the developer's website. The survey was promoted by community representatives, and participation was voluntary without any coercion.


Masyarakat Terjejas Akibat Projek Lebuh Raya

PJD Link Melancarkan Tinjauan Impak Sosial (SIA)

Bebas

20 Mei 2023 - Sebilangan besar ahli masyarakat (jumlah keseluruhan 2,501) yang tinggal di sepanjang jajaran Cadangan Lebuh Raya PJD Link telah mengambil bahagian dalam

Tinjauan Impak Sosial Bebas untuk projek ini. Hasil daripada kaji selidik tersebut telah

dikeluarkan hari ini oleh pihak penganjur. Tinjauan Impak Sosial Bebas ini telah dianjurkan oleh sekumpulan penduduk prihatin yang terdiri daripada para profesional dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk bandar, dan pakar informasi teknologi. Kumpulan ini juga telah mendapat sokongan untuk Tinjauan Impak Sosial Bebas ini daripada pelbagai Persatuan Penduduk, Badan Pengurusan Bersama, Perbadanan Pengurusan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.



Sejumlah besar 93.6% daripada jumlah responden tidak bersetuju dengan cadangan

lebuhraya ini tanpa mengira usia responden, berapa lama mereka tinggal di kawasan

tersebut, dan jarak premis mereka dari jajaran lebuhraya ini..

Sejumlah 93.6% daripada jumlah responden juga menyatakan bahawa mereka dan keluarga mereka akan terjejas oleh projek ini tanpa mengira usia responden, berapa lama mereka tinggal di kawasan tersebut, dan jarak premis mereka dari jajaran lebuhraya ini.

Semua hasil penemuan ini dengan jelas menunjukkan bahawa projek Lebuhraya PJDL hanya membawa masalah yang besar kepada penduduk yang tinggal di sepanjang jajaran lebuhraya ini. Oleh itu, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu mendengar keresahan masyarakat dan tidak meluluskan cadangan lebuhraya ini.



Pihak penganjur Tinjauan Impak Sosial Bebas ini tidak mempunyai pilihan lain selain

daripada menjalankan Tinjauan Impak Sosial Bebas mereka sendiri kerana kekurangan

ketelusan daripada kaji selidik rasmi impak sosial ini. Mengikut undang-undang Malaysia,

hanya Tinjauan Impak Alam Sekitar (“EIA”) perlu dibentangkan kepada orang awam,

manakala Tinjauan Impak Trafik (“TIA”) dan Tinjauan Impak Sosial (“SIA”) tidak perlu

dibentangkan. Tinjauan Impak Sosial Bebas ini telah dihantar secara rasmi kepada PLAN

Malaysia Selangor & Ibu Pejabat Putrajaya (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa).

Jabatan Alam Sekitar (Ibu Pejabat Putrajaya) juga telah menerima laporan tersebut.

Masyarakat di sepanjang jajaran lebuhraya telah menyaksikan kekurangan ketelusan dan

komunikasi yang jelas daripada kerajaan negeri berhubung status projek ini. Kesan kepada penduduk, perniagaan dan alam sekitar belum ditangani dengan sewajarnya. Setakat ini, penduduk di sepanjang jajaran ini telah menganjurkan sekurang-kurangnya tiga bantahan secara fizikal dan banyak perhimpunan besar yang lain. Ramai ahli masyarakat berasa seolah bantahan mereka tidak diambil secara serius oleh Kerajaan Negeri Selangor.



Tinjauan Tinjauan Impak Sosial Bebas ini dijalankan atas talian dan menawarkan responden pilihan untuk mengambil bahagian sama ada dalam Bahasa Maelayu atau Bahasa Inggeris. Responden dibekalkan dengan pautan kepada peta jajaran lebuhraya terkini daripada laman web pemaju. Tinjauan ini dipromosikan oleh wakil masyarakat, dan penyertaan adalah secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Popular posts from this blog

SURVEY ENDORSERS & AUTHORSHIP STATEMENT

TERMS AND PRIVACY POLICY

Invitation To Attend People’s Survey (Independent SIA) Press Conference & Forum Entitled “Tolled Elevated Highways: Who Benefits?”